Tuesday, February 22, 2011

Hari Ahad

Hari Ahad....ada apa dengan hari Ahad? I had my car practicals and PERKOM carwash. PERKOM stands for PERSATUAN KOMUNIKASI, which is considered as a student council in the Communication society.....known as my society (keji giler ayat...bangga le tue....nyampah!)
Well dalam USM ni, kitaorang yang belajar Komunikasi ni sah-sah la ada society sendiri kan. Bagi menjana wang untuk tabung PERKOM, Hakim decided to hold a Carwash Program. Thanks to the lovely Fiza, pengarah projek atau Nenek projek (sori Fiza) dan Munchee yang telah bertungkus lumus untuk happeningkan program tersebut..... I? HA HA...I terlalu busy minggu nie, Sabtu n Ahad pun pack dengan jadual latihan kereta, so program ni berjalan pada hari Ahad 20/02/11 semalam seiring dengan my pract.......

Pagi Ahad tu I had to go and practice my driving, syok wei!!! Rasa cam gian giler nak bawa kereta. Mesti lepas dapat lesen, korang dah takkan nampak bontot ini melekat dimana-mana. So, secara rumusnya Tuan-tuan n Puan-puan, kalau yang takde lesen lagi, silalah amek lesen secepat mungkin, jangan tunggu tua bangkang macam saya (angkat tangan ala-ala Hantu Kak Limah Balik Kampung)

Masa pergi daftar pagi tu bleh plak slack part beratur. I dah tanya budak depan I...."Dik, ni line untuk daftar kereta ke?"....Adik tu dengan yakin dan confidential nye menganguk kan kepalanya. I pun tunggu punya tunggu sampai lah my giliran untuk kasi IC, tup-tup...."Dik, adik nak daftar lesen kereta kan? Kaunter pertama la dik, sini daftar moto"......Hampeh!!! I rasa cam nak siat-siat jew budak tu. Boleh yakin kan?! Kalau tak tahu cakap la tak tahu, senang I nak tanya. Takdelah kena tunggu lama camnie. So I pun pergilah ke kaunter pertama....Mak aih!!!! beratur BAEK PUNYA!

So lepas abis register, tunggulah cikgu panggil untuk belajar. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba ada abang, a.k.a. cikgu panggil nama I dan dua lagi budak pompuan nie. Sorang anak mami, kalau tengok muka dah kenal. Sorang lagi I ingat nama dia Yana. So the three mosqueteers ni pun naik la kete kancil nie. Masa Cikgu, a.k.a. abang nak berundur. TERLANGGAR DENGAN KERETA BELAKANG BEB!!! Mesti malu giler abang tu. Dah la pangkat tenaga pengajar, tapi bila gostand, langgar abis ape yang ada kat belakang...Astaga...rasa cam nak bagi anugerah Pengajar Cemerlang kat abang tu. So we olz yang nak belajar ni duduk la kat belakang dengan muka yang shocking dan trauma sebab tak sangka abang tu terror bawak kete sampai begitu dahsyat sekali.

I orang pertama yang abang tu suruh bawa kereta. Dengan ini aku ingin mengumumkan bahawa aku sorang jew yang boleh bawa kereta!!! HA HA HA...yang dua lagi tu lingkup, main-main pulas stereng cam bawa kete bumper, seperti yang dikutukkan oleh abang tu, "Korang ingat ni kete bumper ke tangan nak silang-silang camni....Ape ni!!! Kelam kabut!!"

Time I bawa, he already asked me to potong kete depan n try the zig zag part, n I pass dengan perfect. (Kembang lobang hidong). Lepas keluar dari zigzag tue terus belok ke jalan yang benor....so I pun tanyalah abang ni, "Nak pergi mana lagi ni bang?" (dengan muka yang penuh harapan untuk mendapat bimbingan)
Abang: "Kita gi Queensbay" .......sapa rasa cam nak hempuk kepala abang ni? Angkat tangan!!!!
Orang tanya dengan penuh kusyuk, dia bleh plak main-main...Time naik bukit pun aku ON jew....haha....siap boleh wat drift terbang dari landasan yang benor....kih kih kih XD

Selain nya tak perlulah citer...takut nanti mengaibkan pihak-pihak tertentu (sape jew yang nak diaibkan kalau tak diri sendiri, yew tak??) kyang-kyang-kyang X3

So lepas abis practice bawa kete, I pun terus balik ke USM. Tapi teringat bahawa hari tu PERKOM carwash sedang berlangsung. So I pun pergilah cuci mata, nak tengok anak-anak ayam buat keje ke tak. Bila sampai jew ke destinasi, nampak ade la dalam dua biji kereta yang diorang sedang basuh n keringkan, ape lagi...Mak sah-sah la join sekali nuks! Party buih sekali je dalam setahun.....tapi I tak basah kan diri...takut timbul bende-bende yang tak sepatutnya....kuang3...XD

Lepas penat tolong lap kete bagi kering, I pun bertempek la atas bukit tepi longkang sementara menunggu customer yang seterusnya. Memang budak-budak nie berjaya menarik pelanggan, ramai gak tengok orang hantar transport untuk di cuci dan di calat.....GITUS!
 Inilah we olz......sambil mengunyah dan meng-nyah di situ, sempat posing guna kamera Kak Hani.
 Mak hayam serbaguna....HA HA HA
 Ok...pose korang! (disebabkan kehabisan idea untuk bergambar, aku pun telah berjaya mem-poyo kan diri...sekian)
Eh! Sape yang tengah tersengih macam kerang basi tue? Tak kenal lah....jom korang...jangan mengaku kawan. Aku pun tak mengaku kawan (tengok kiri n kanan)....Hmmm......

xoxo
Hami

2 comments: