Tuesday, October 2, 2012

My first Snowfall

Ye ini aku,. Den tgh cuba nak buat angel.
Memori ni dah lama (tapi tak la lama sangat, just tahun lepas jerk), saja nak tulis sebab benda ni agak interesting. Seumur hidup aku, tak pernah tengok salji turun dari langit, serious! (Saya memohon maaf in advance sebab nak jadi jakun sat). Masa duduk Mexico dulu tak pernah pun ada salji walaupun cuaca hujung tahun mencecah 16 degrees celcius. Kalau nak tengok snow pun pergi Toluca, itupun memang dah siap jadi ais atas jalan, a real snowfall is never experienced by moi. So masa pergi exchange hujung tahun lepas tu la kali pertama witness the real thing (yew aku tau bunyi cam perak ja, hah apa? ice? haha..dalam peti ais rumah nenek aku berlambak, mai sini aku nak gores bagi. Payah-payah sangat pergi kat mak cik jual ais kacang pastu suruh dia tabur atas kepala nak ambik feeling). Actually the real thing sangat magical, aku rasa macam waahhh...magisnya. Cara snow turun, the shapes they come in, the size, and also the way the wind blow them in circle. Rasa macam duduk dalam citer fairy tale.
Dulu ingatkan dalam kartun ja ada betuk ni, rupanya memang bentuk dia.

 Cantik kan bentuk CiptaanNya.

Pada 6 December, jatuh hari St. Nicolas day...aku pergi kelas macam biasa dalam pukul 2 lebih macam tu, kelas ape ntah tak ingat. Tengah belajar masa tu, biasalah kelas kat sana mencecah 4 hingga 5 jam untuk setiap kelas. Itu yang satu kelas boleh habis dalam 3 hari. So dapat la rehat dalam satu jam. Aku ngan kawan aku sorang ni pergi la kat mesin coffee nak dapatkan hot chocolate, tetiba gatai nak keluar ambik fresh air. Sambil-sambil tu teringat kata-kata Prof. Duenas. Dia yang recommend suruh we olz pergi tengok cara sambutan St. Nicolas yang memang betul-betul depan halaman Universiti tu. Katanya ada geng-geng remaja yang akan berpakaian monster dan rotan budak-budak nakal. So as intrigued as I am, me and my friend went there to see kekecohan yang agak melampau (gitus). Memang happening gila! Aku pun tak sangka wujud pulak celebration yang macam ni. Mari kita saksikan (amek ko jah, student broadcast...kena ada ayat cliche sebelum ada video).


Havoc giler situasi dia, dengan bising yang bingit, pastu monster menilau-nilau ke sana ke sini dengan costume yang aku rasa berkilo-kilo. Sangat over! Diorang ni suka calit arang kat muka orang so aku berhati-hati bila berdiri kat situ. Nak ambik gambar pun duduk jauh ni. Takut sat lagi tak calit arang, kena tibai kat tut. I don wanna end up with a big blue arse. Shame on you! HAHAHA...Tetiba tengah dok bising-bising, rasa cam ada benda jatuh atas pipi, sejuk bebenor. Pastu jatuh lagi, tengok atas ingatkan ada burung berak (kalau yew memang dah lama aku lastik kasi mampus). Rupa-rupanya snow, baru nak turun. Cantik siot!

Tapi inilah keajaiban snowfall, video ni ambik masa balik rumah, sorry kualiti video tidak memuaskan so tak nampak la cara snow tu turun berpusing-pusing macam torpedo (betul ka perkataan ni?).
 Halaman homestay aku - kadar kematian orng mati kesejukan di eropah sama dengan kadar kematian kemalangan di Malaysia. Haish....
Yes I present to you - my way to college. ada la jatuh tersembam 2 atau 3 kali, yang penting control


Jadi pengakhirannya, aku yang duduk ober da sea ni pun boleh dok buat jakun bila tengok snowfall. HAHAHA jadi jangan malu ye kawan-kawan kalau first time experience snowfall nak jakun-jakun cam I. (Tengok kat luar tingkap...eh hujan! meh aku nak jakun tengok hujan plak)....satgi aku upload video aku main hujan...kasi havoc. Kononnya first time experience hujan kat Mesia. MASEH! Satgi waahhh magisnya hujan...haha...
Sekian.

xoxo-Hami