Thursday, December 20, 2012

Kenapa perlu sembahyang tepat pada waktu?

Today I just read something useful from a blog called Himpunan Mukjizat Doa dan Zikir. Somehow now I know why we need to pray in time when there's a call for prayer. There are benefits that you can get when you pray in time. Scientifically and logically it makes sense. So I would like to share with you:



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.


Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.


Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.


Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.


Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.


Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.


Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuningmenandakan masuknya waktu Zohor.


Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.


Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.


Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 


Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


WAKTU ASAR


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.


Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).


Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.


Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.


Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.


Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

p.s. Now there is no reason for us to procrastinate our prayers. =) Happy praying. 


Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.


Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.


Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.


Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.


Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.


Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.


Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.



xoxo-Hami

Sunday, December 9, 2012

Rahsia disebalik bahasa Melayu ku yang meletup!


Bahasa Pertama aku: Bahasa Utara
Bahasa Kedua aku: Bahasa Inggeris
Bahasa ketiga aku: Bahasa Spanish
Bahasa Ke-empat aku: Bahasa Melayu baku

Jadi rumusan dia disini korang kena faham kenapa aku menghadapi sedikit kesukaran dalam membuat ayat-ayat BM yang baku. In order to pass my BM, I have to try harder than everyone else (especially Malays duh!)

Sekarang ni boleh la buat ayat-ayat yang bunyi baku sikit, kalau sebelum ni nak tulis ayat ikut sedap ja bunyi dia. Of coz salah di sisi undang-undang. Maafkan saya wahai Kamus Dewan Pustaka. 

Bak kata mak aku, baca newspaper tiap-tiap hari!!! Kalau boleh Utusan, jangan baca Metro! Baca buku dalam BM, jangan asyik nak baca Gila-gila, Ujang atau komik. Rosak bahasa...ha kan dah terbukti rosak.
-_-"

Jadi dengarlah cakap mak kita. Jangan degil. Jangan buat-buat baca Utusan bila mak lalu pastu buka balik komik online...(eh cam bagi penampaq kat muka sendiri ja...)

Dan aku rasa kesian dekat lecturer aku yang kena cek my essay dan sekurang-kurangnya faham BM cincalok aku walaupun tak berapa sedap dan sukar difahami orang.

Untuk aku ayat pasif ke ayat aktif ke, sama je bunyi. Sedap juga.  XDD

Kenapa? Tak percaya ke?

xoxo-Hami

Tuesday, October 2, 2012

My first Snowfall

Ye ini aku,. Den tgh cuba nak buat angel.
Memori ni dah lama (tapi tak la lama sangat, just tahun lepas jerk), saja nak tulis sebab benda ni agak interesting. Seumur hidup aku, tak pernah tengok salji turun dari langit, serious! (Saya memohon maaf in advance sebab nak jadi jakun sat). Masa duduk Mexico dulu tak pernah pun ada salji walaupun cuaca hujung tahun mencecah 16 degrees celcius. Kalau nak tengok snow pun pergi Toluca, itupun memang dah siap jadi ais atas jalan, a real snowfall is never experienced by moi. So masa pergi exchange hujung tahun lepas tu la kali pertama witness the real thing (yew aku tau bunyi cam perak ja, hah apa? ice? haha..dalam peti ais rumah nenek aku berlambak, mai sini aku nak gores bagi. Payah-payah sangat pergi kat mak cik jual ais kacang pastu suruh dia tabur atas kepala nak ambik feeling). Actually the real thing sangat magical, aku rasa macam waahhh...magisnya. Cara snow turun, the shapes they come in, the size, and also the way the wind blow them in circle. Rasa macam duduk dalam citer fairy tale.
Dulu ingatkan dalam kartun ja ada betuk ni, rupanya memang bentuk dia.

 Cantik kan bentuk CiptaanNya.

Pada 6 December, jatuh hari St. Nicolas day...aku pergi kelas macam biasa dalam pukul 2 lebih macam tu, kelas ape ntah tak ingat. Tengah belajar masa tu, biasalah kelas kat sana mencecah 4 hingga 5 jam untuk setiap kelas. Itu yang satu kelas boleh habis dalam 3 hari. So dapat la rehat dalam satu jam. Aku ngan kawan aku sorang ni pergi la kat mesin coffee nak dapatkan hot chocolate, tetiba gatai nak keluar ambik fresh air. Sambil-sambil tu teringat kata-kata Prof. Duenas. Dia yang recommend suruh we olz pergi tengok cara sambutan St. Nicolas yang memang betul-betul depan halaman Universiti tu. Katanya ada geng-geng remaja yang akan berpakaian monster dan rotan budak-budak nakal. So as intrigued as I am, me and my friend went there to see kekecohan yang agak melampau (gitus). Memang happening gila! Aku pun tak sangka wujud pulak celebration yang macam ni. Mari kita saksikan (amek ko jah, student broadcast...kena ada ayat cliche sebelum ada video).


Havoc giler situasi dia, dengan bising yang bingit, pastu monster menilau-nilau ke sana ke sini dengan costume yang aku rasa berkilo-kilo. Sangat over! Diorang ni suka calit arang kat muka orang so aku berhati-hati bila berdiri kat situ. Nak ambik gambar pun duduk jauh ni. Takut sat lagi tak calit arang, kena tibai kat tut. I don wanna end up with a big blue arse. Shame on you! HAHAHA...Tetiba tengah dok bising-bising, rasa cam ada benda jatuh atas pipi, sejuk bebenor. Pastu jatuh lagi, tengok atas ingatkan ada burung berak (kalau yew memang dah lama aku lastik kasi mampus). Rupa-rupanya snow, baru nak turun. Cantik siot!

Tapi inilah keajaiban snowfall, video ni ambik masa balik rumah, sorry kualiti video tidak memuaskan so tak nampak la cara snow tu turun berpusing-pusing macam torpedo (betul ka perkataan ni?).
 Halaman homestay aku - kadar kematian orng mati kesejukan di eropah sama dengan kadar kematian kemalangan di Malaysia. Haish....
Yes I present to you - my way to college. ada la jatuh tersembam 2 atau 3 kali, yang penting control


Jadi pengakhirannya, aku yang duduk ober da sea ni pun boleh dok buat jakun bila tengok snowfall. HAHAHA jadi jangan malu ye kawan-kawan kalau first time experience snowfall nak jakun-jakun cam I. (Tengok kat luar tingkap...eh hujan! meh aku nak jakun tengok hujan plak)....satgi aku upload video aku main hujan...kasi havoc. Kononnya first time experience hujan kat Mesia. MASEH! Satgi waahhh magisnya hujan...haha...
Sekian.

xoxo-Hami

Tuesday, September 4, 2012

I'll be devastated in two days


 I'm leaving these lush kiddos in two days time. Although I'm a bit sad, I have to continue my studies in USM. I have to prove my parents that I can earn myself a degree too. I got a semester to go and I'll have to go job hunting. However, my brother ironically complained; don't leave them with ehem2...my mom. HAHAHA (duh..I became their maid for like what..two WHOLE months? Who wouldn't like that)

I love you kiddos! I'll be back hopefully next year. But I pray to Allah that I will not add up to the unemployment rate in Malaysia. To make up to these bratzies I made them sausage sushi which I think tasted weird seeing that Sushi is synonymous to fish and seafood. Tastewise my sushi i MY SUSHI! AND I did not buy it in a shop and pretend I made it, I just placed them into a secure Tupperware.


I've put millions of love into it, so they better taste it. It's yours truly sushi. Love you guys!  

This morning I literally have to send these kiddos to school seeing that my dad left early for work. They refused to let me send them. They were embarrassed! Their friends ride Ferrari and Porsche to school. How did I send them? by shoving them off the cliff (kiddin) Oh..how these kids have grown up and find the elder generation to be...useless... T-T

p.s. This year's raya isn't so meaningful seeing that we lost a beloved family member due to an accident in April this year. Al-fatihah Angah, rest in peace and may Allah bless your soul. In order to get go through all these hardships...our family had to put a fake smile and laugh although it hurts.   


xoxo-Hami

Saturday, August 25, 2012

Earella- it's your BFF; Be Fashionably Funky

Salam semua,

It's been ages since I did this ad for our gadget product in strategy management class during my student exchange in Kufstein. I still remember our professor for that class, he may appear strict but his classes are acceptably challenging but fun! Prof Duenas's classes were never boring. He always had these amazing ideas to do during classes. I definitely miss my group for the class. 

Here's my ohsem video, hope you enjoy. Memang tak makan saman. hahaha. Excuse my free hair, I tak pakai tudung lagi masa ni. 




Amacam? agak2 boleh setaraf ngan direktor pro tak? hik3..XB
xoxo-Hami

Wednesday, February 22, 2012

Good-Bye-Kufstein

Once again I might have to say goodbye permanently to Kufstein as I will no longer have any related business that acquires me to go back there ever again. However, if Allah wills it, Insyallah. =)

Banyak giler kenangan-kenangan manis masa study kat sana. Walau pun pada sesetengah orang, 6 bulan tersangat lama. Tapi untuk aku 6 bulan berlalu terlalu cepat. Pejam-celik-pejam-celik, cak aa cak aa....hamek ko! Aku dah bakal nak balik Malaysia minggu ni. Perasaan ni dah campur baur sedih, seronok, meroyan (harap-harap tak la)...muahahaha XD

Tapi bagi student yang bakal mengikuti program Student Exchange ni memang aku akan syorkan untuk pergi ke Kufstein. NAK TAHU KENAPA???

1. Walaupun ianya sebuah town yang kecil (sejam je kalau nak round satu town), tempatnya tersangat strategic because Kufstein is a small town near the border of Germany. So obviously for shopaholic society like moi, it's the best opportunity anyone can ever ask. Want to know why? Because there's this system called Bayern ticket, if you wanna go to Munich, share the tickets with your 4 other friends and you only have to pay 5 euros per trip. Ohsem right?! Shopping gila-gila di Munich ok!

2. It's a small town guys, tak payah pening-pening kepala nak fikir, kemana aku nak pergi malam ni, atau time cuti. Jalan sejam je dari West ke East of Kufstein. Semua kehidupan revolve around the city center. Lagi pun senang korang nak cari jalan balik sebab ada tanda castle yang teramat femes ni:
 
Inilah pemandangan dari atas bukit yang diambil oleh salah seorang kawan aku. Kamera dia lagi bagus so aku pinjam je. Jangan marah ek (macam la dia paham apa kebenda yang aku tulis ni)

3. Kalau anda pergi musim Winter Semester lagi bagus! Kenapa? Sebab kita orang Malaysia yang asyik-asyik kena hadapi +27 degrees celcius, bila lagi nak experience -27 degress celcius kan? Bila? Habaq mai, kecuali kalau hampa duduk dalam peti ais lama-lama. Tapi aku tak jamin hampa akan keluar balik bernyawa. Ngeh-ngeh-ngeh... XP
This is winter in Kufstein!

 4. Cikgu kat sini semuanya sempoi-sempoi belaka! Tak percaya mai sini alami sendiri. =)
The best part of living in Kufstein is the fact that, it isn't really the center of Europe, but it is still in the center of elsewhere. You can visit Italy which is in the South-West, Germany in the west, London, Salzburg, Vienna, Switzerland, Czek Republik, Hungary, Holland...dan lain-lain lagi. Kenapa aku kata senang? Sebab aku dah pergi kesemuanya. Teramat senang sebab boleh naik Eurotrain system. OBB train ni memang sesuai untuk students yang suka traveling. Atau pun guna kaedah Ryanair flight yang kalau korang pandai cari tarikh dan masa, ticket untuk pergi ke London hanyalah 16 euro (cepat menjerit dan melompat tanda excited!). Aku yang dah nak balik ni pun terkilan sebab tak sempat nak melawat negara-negara lain. 6 bulan terlalu singkat untuk pusing satu Europe. Untuk yang pergi exchange setahun. Rebutlah peluang keemasan ni. Peluk kuat-kuat dan jangan lepas, kalau lepas rugi korang seumur hidup. XD
 Inilah gambar castle Kufstein yg tersegam indah time malam. Masa ni aku sempat ambik lepas balik cuti Christmas. Keluar dari train station je terasa gatal tangan nak ambil gambar. So apa lagi. But sorry about the unsatisfactory quality of the picture.
Dan finally aku! hehehe.....Tak syok la kalau tak main salji kan? Itu adalah harus!
I will miss you Kufstein <3 <3
p.s. Kepada yang teringin nak exchange ke Kufstein, selamat berhijrah...=) Aku memang syorkan.
xoxo-Hami