Sunday, October 20, 2013

Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri

Assalamualaikum

Lama rasanya tak typing dalam blog ni, rasa macam dah berkarat otak bila nak perah idea. Bila ada member suggest suruh update blog ni sedikit sebanyak dapat la idea sikit. Kali ni aku malas nak tulis benda-benda yang terlalu everyday punya event. Maybe sometimes ok la kot. But I really want to start writing my own travelog experiences just so I can share what's out there to those who never know.

Zaman kita ni dari dulu sampai sekarang mesti terlalu mengikut media, as in orang kita terlalu mengagung-agungkan negara luar padahal negara sendiri is the best choice. Tapi tak salah diorang juga sebab aku pun kalau tengok filem mesti terbawa-bawa, ingat negara tu mesti the best country to live in, to work or to travel to. Jangan tak tahu! Orang luar sebenarnya jelous tengok kita ni membangun tahap negara moden yang lain.

Masa aku mengikuti uni exchange ke Kufstein pada hujung tahun 2011 la baru aku perasan. Ada la sorang dua member aku dari Czech Republic pernah tanya aku, "How do I find work in Malaysia?" nampaknya orang europe ramai teringin nak masuk negara kita sebab bagi diorang ekonomi kita ni agak stabil berbanding negara diorang. Gaji sikit katanya, sebab tu jangan terkejut kalau orang sana buat dua tiga job. Siap ada yang suggest nak kahwin orang kita, kononnya nak jadi penduduk tetap.Hok aloh... Itu yang kenal Malaysia, yang tak kenal? "Do Malaysians live in the forest?" *Rasa macam nak hempap kepala kat dinding..."I didn' know that Malaysia is very well-developed" *Double stone cold hempap meow nearby.

Jangan kata student, profesor aku yang dari Mexico dulu pun pernah contact aku tanya macamana nak minta kerja kat sini. Terkejut juga aku mula-mula. Mungkin sebab dia ingat aku banyak contact kot. Katanya dia ada apply to work for a bank in Kuala Lumpur, tapi sampai sekarang tak ada rezeki. Teringin katanya nak kerja di sini. Orang kita? "EH aku nak kerja luar negara la!" - Dengan bangganya meh cheq nak habaq mai, orang luar dok terkinja-kinja nak cari kerja kat sini hampa pulak dok sebok nak kerja luar sana buat hapa? (*tiru gaya tutur Rozita Che Wan)  XDDD

Lagi pun aku rasa negara kita ni yang paling selamat dari bencana alam dan juga bencana manusia. Not trying to make a joke but I do stand on my strong opinion, I am a PROUD MALAYSIAN!

Lepas entry ni aku akan explain dekat korang setiap negara yang pernah aku tinggal lama dan travel just to see what's out there. Aku juga suggest korang pergi tengok sendiri apa yang ada kat luar sana tu supaya korang realize how wrong you've been about your own country. Supaya korang dapat idea why Malaysia is the best choice you have. Kalau yang lupa diri tu Wallahualam la kan, tapi yang penting korang ambil experience, so that kita juga boleh angkut dagu (ke angkat dada?)  eh! XPP Dengan bangganya kita boleh jadi macam orang perancis yang bangga nak mampus dengan negara diorang. Negara kita ni dah membangun, tapi minda orangnya? errrr.....

Peace out  
xoxo-Hami

Saturday, June 15, 2013

In the Land of Blood and Honey

Salam to all,

Ya ini bukan review filem Angelina Jolie tapi mengenai pengalaman aku masa singgah Bosnia pada 8 Jun 2013 hari tu. Kita semua dah sedia maklum yang Bosnia antara negara Islam yg baru ja dapat independance pada tahun 1995. Aku pun baru ja berumur 5 tahun kot masa tu! Sedang seronok memanjat pokok cherry depan rumah sambil menikmati keindahan bumi Malaysia yang aman lagi damai, ada saudara kita kat luar masa tu tengah perang, mati kelaparan, dihina, di caci, dibunuh dan di rogol. Semuanya bermula pada tahun 1992 bila Bosnia baru ja nak bebas dari jajahan bila kena boycot dengan Serbians. Dalam 80% negara ni kena jajah, orang Islam kita banyak kena bunuh, puak lelaki kena tembak, yang perempuan di simpan lalu dirogol berkali-kali supaya benih Serbs lebih berleluasa. Katanya nak buat ethnic cleansing. Sedih pulak bila dengar orang dia bercerita. Tapi kali ni aku tak nak buka sejarah sebab agak sensitif dan menyedihkan. Cuma nak share pengalaman bila berada di sana.

Sebelum sampai ke Sarajevo, Bosnia aku singgah di Belgrade, Serbia. Masa sampai Belgrade boleh dikatakan tiada apa-apa yang menarik sangat kecuali bangunan lama. Masa aku sampai ja Sarajevo rasa macam masuk dunia filem perang tau! Tengok bangunan semua ada bekas peluru dengan bangunan lama yang pernah kena bomb. Even my parents pun terkejut tengok perubahan yang agak ketara dari dua tahun lepas masa diorang first datang. Katanya banyak sangat yang dah improve. So aku pun google la apa maksud diorang. Teruk lagi ke dari yang aku tengok sekarang? Ya memang ketara.

 Dia punya old town pun dah banyak di ubah sesuai dan bangunan-bangunan baru pun dah banyak. Tapi bila masuk lorong-lorong kedai, rasa macam masuk haunted town kot. But the beautiful surroundings, sangat eye catching sebab dikelilingi bukit, rumah-rumah kecil berhimpit, orangnya baik-baik, cantik-cantik, hensem-hensem....haip!
Walau apa pun, semua yang aku nampak sekarang sudah di modify, dulu lagi teruk. Berhantu rasanya bila tengok keadaan sekeliling. Nampaknya kubur lagi banyak dari bangunan. Pergi la mana pun, kawasan perumahan, area shopping, taman jogging, mesti ada batu nisan. Alfatihah...



 Apa yang special dekat sini adalah pottery dan copper plate dia. Rambang mata kalau masuk masuk kedai-kedai souvenior. Adik-adik aku pulak obses beli peluru, katanya "Kak this is so Ohsem!" Ye banyak la ohsem kau! Peluru betul kot!
Cathedral lama


 Antara bangunan-bangunan lama yang masih lagi menyimpan sejarah pahit. Apartment lama yang masih lagi ada kesan tembak



 Kalau nak round-round sarajevo rasanya tak sampai 1 jam dah boleh hafal kot, aku rasa Penang luas lagi. So ada orang suggest pergi ke Mostar. It's an old town with lots of history and milky green river. So we all pun pergi la tengok what's there to offer.

 On the way ke Mostar pun asyik nampak kubur je memanjang. Ni kalau drive malam-malam memang sure,errr....

Tapi kan, aku pelik la juga sebab kalau Malaysia ni memang macam-macam kita selalu dengar kalau lalu area kubur or jalan atas highway mesti ada benda yang tak boleh ditegur. Masa abah aku drive tak ada pun benda tu. Kitaorng drive dalam 12 jam hokey dari pukul 10 malam untuk balik Budapest. Pergh keras bontot. Scary part kabus atas jalan ja. Tapi nampak benda terbang atau melambai takde pulak. Fuhh....














Tengah on the way nak pergi Mostar tu penuh tepi jalan orang dok jual honey, memang patut la dikenali sebagai land of honey. Kalau tempat lain penuh dengan gula, tapi In Syaa Allah honey di sini memang ori.




 MasyaAllah jalan dia tenang sangat, siap lalu area bukit dikelilingi dengan sungai hijau-biru susu. Pergh! menggamit perasaan sungguh. Tapi adik2 aku tau start keta tido! Bukan nak layan pemandangan yang indah gini.

Macam biasa la, sampai ja Mostar, we were welcomed with bangunan yang penuh dengan kesan tembak. Ya Allah kalau tengok ngeri, pastu kalau google pulak tengok apa yang pernah terjadi, gerun!

Old town Mostar antara tumpuan pelancong macam we olz. 
Jambatan Mostar (Stari Most) ni pernah kena bomb dan runtuh tapi dibina semula pada 2004. Sekarang dah jadi tumpuan pelancong lagi. Neretva river ni pernah jadi tempat orang buang mayat sebab terlalu banyak sampai tak cukup tanah. Gila tak sedih tengok tempat cantik macam ni pernah kena serang.  
 Dah alang-alang sampai dari jauh, shopping la kejo kitaorang. 

 Lampu manik ni agak kreatif dan menarik lagi menawan, hahaha....suka tengok warna warni dia kalau pasang lampu. 

 Sambil usha tempat, aku asyik imagine ja apa yang pernah terjadi kat sini. 
 Ha itulah masjid Karadzozbey yang dibina pada tahun 1557 tapi sayang, habis hancur masa perang so diorang bina balik. Katanya belah kanan sungai ni tanah Islam, yang sebelah kiri ni Catholic.


 Sambil menyelam minum airnya...

Kuburan Islam kecil di depan masjid Karardzozbey

 Well air dari bawah tanah yang sangat menyegarkan. Budak-budak ni siap minum lagi ambil berkat katanya.

 Tapi sayang, masjid ni diorang buat business la pulak, kalau nak masuk kena bayar. Kitaorang ingatkan boleh masuk nak tumpang sembahyang, mintak duit wei untuk tayang only! Maseh je la....
Tengah tunggu yang lain dok hiruk air au natural aku pun jalan la ke belakang masjid ni, Masha Allah, indah sungguh ciptaan Tuhan. Air yang keruh kembali jernih. 

Nampak tak belakang tu? itu church...sebab tu la sungai ni sebagai pembahagi kawasan. belah kanan ada masjid (tempat aku duduk ni belakang masjid tu) belah kiri ada church. 

 Tadaaaa...muka poyo!

 Penat berjalan, its MAKAN TIME! bestnya dekat sini sebab semua Halal! tak payah penat-penat nak tanya ada daging bab1 ke tak. 

 Tengah tunggu makanan sampai, which we still got time aku pun turun la duduk bawah jambatan tu. Sambil-sambil tu main dengan air, siap nyanyi lagu bonda ku si ikan kaloi...kang tetiba benda lain yang timbul nyah! mampos aku...

 Ini satu talam we olz share 3 orang, semua orang kat situ tengok pelik, kenapa noq? Pastu waiter tu datang explain, "One tray is usually for one person". Mampos la aku nak habis benda ni sorang-sorang. Sharing is caring you olz. 3 orang makan pun masih lagi ada extra. Kenyang sangat. Pastu abah tengok orang lain order ice-cream, dia pun nak order juga! Last sekali extra membaziaq kat situ. Bukannya apa perut orang Bosnia banyak ruang, perut orang asia macam kita ni kat mana nak simpan. Ingat gigabyte kita ni cukup ka nak storage semua tu. Oh tidakkkk....

Hari semakin gelap, so on the way nak balik ternampak tempat ni. Ya di atas Latin bridge ini la tercetusnya perang dunia 1. Terjadinya kes seorang duke dari Austria bernama Franz Ferdinand bersama isterinya yang datang melawat dan dibunuh oleh seorang Serb. Dari incident ni la World War 1 bermula!  Kalau ko tak bunuh mamat tu WW1 ni tak jadi wei. 

 Sekian, Muhasabah diri bila tengok tempat yang baru habis perang. Tahun 1995 baru peace kot! Aku siap cakap dengan adik aku yang laki tu, umur dia sama dengan masa perang ni bermula, so kenalah belajar untuk bersyukur dengan segala nikmat kurnianya. Wallahualam.

Harap-harap Malaysia akan sentiasa aman sentosa, tak nak gadoh-gadoh...tak best. Peace out!


xoxo-Hami

Thursday, January 3, 2013

Buku "Chicken Soup" bukan buku resipi

Salam,

What intrigued me to write this post is because I came across Chicken Soup for the Teenage Soul: 101 online when I google search for references to do my report. Why is this book so special? Jangan pula ingat dalam buku ni ada resipi cara-cara nak masak Chicken Soup, memang nangis la korang kalau beli buku ni gara-gara nak belajar masak sup...hehe... ^_^

Chicken Soup for the Teenage Soul ni mengandungi 101 stories of teenage Life, Love and Learning. SO what?? Ok the reason why is, buku ni antara buku yang aku suka baca masa aku first nak belajar BI di Vientiane International School dulu. Kenapa? Sebab BI dia mudah untuk difahami (wah proper gitu!). Cerita-cerita dalam buku ni juga sangat menarik. It contains lessons about teenage friendships, love, relationships with parents and a lot more. Bak kata orang tua, rencah kehidupan. The stories in this book somehow makes you feel like you can relate to them without being criticized or judged. I would definitely recommend this to teenagers out there who would like to get different views and perspectives about life in general and how to overcome it. Sometimes in our teenage years we face problems and dilemmas that we thought we were the only one facing them, well good news people! You're not alone! Isu-isu semasa remaja dan macam-macam lagi la yang korang boleh dapat, input yang sangat berharga. Suka gila baca cerita-cerita dia. Of course they are based on real life stories.

Sebagai remaja (owh! hantuk kepala sedas dua kt dinding pastu sambung tulis) saya syorkan kepada remaja-remaja diluar sana (kalau sapa tak malu mengaku je la, kata awets mudes)...untuk baca buku ni dan cuba berfikir sejenak. Buku ni juga bagus untuk sesiapa nak tambah vocabulary for everyday coversations.

Antara quote regarding relationship yang boleh didapati di dalam buku ini (ha!! hamek ko! LKM 400 gitu!):

"Relationships - of all kinds- are like sand held in your hand. Held loosely, with an open hand, the sand remains where it is. The minute you close your hand and squeeze tightly to hold on, the sand trickles through your fingers. You may hold on to some of it, but most will be spilled. A relationship is like that. Held loosely, with respect and freedom for the other person, it is  likely to remain intact. But hold too tightly, too possessively, and the relationship slips away and is lost" - Kaleel Jamison, The Nibble Theory
The reason why this particular quote strike as interesting to me is because some of my friends faced some relationship crisis and some even had theirs terminated and they don't know why. To me what Kaleel said has logical sense. That's why they say it's for the Teenage soul, it makes you understand certain theories about life. Renung-renungkanlah....

"Great opportunities to help others seldom come, but small ones surround us every day." - Sally Koch
*Ayat ni sangat kena dengan situasi semasa seperti peperangan yang berlaku di Palestin dan  Syria sekarang, kita mungkin tak dapat tolong secara fizikal, tak terdaya nak angkat senjata dan pergi berjihad dengan diorang tapi kita boleh mengelak dari segi bantuan secara kecil-kecilan seperti orang yang sudah bekerja boleh potong gaji bulanan walau hanya Rm10, kita boleh salurkan wang syiling ke dalam tabung sumbangan walaupun sedikit, lama-lama jadi bukit =), kita boleh boikot produk-produk Israel secara perlahan-lahan.... mana tahu mungkin tindakan kita boleh memberi impak yang besar kepada golongan saudara kita di sana. In Syaa Allah. =) Mari menabung.

"What is success?
To laugh often and much;
To win the respect of intelligent people and the affection of children;
To earn the appreciation of honest critics and endure the betrayal of false friends;
To appreciate beauty;
To find the best in others;
To leave the world a bit better, whether by a healthy child, a garden patch or a redeemed social condition; To know even one life has breathed easier because you have lived;
This is to have succeeded." - Ralph Waldo Emerson

Curious? Why don't you find out more from the book itself. Happy New Year and Happy reading!

xoxo-Hami