Tuesday, September 25, 2012

"Aku tak kaya"


Isu ni bangkit bila ada orang bertanya. 'awak bukan kaya ke? Siap pergi luar negara bagai. Kenapa perlu buat part time?'
Oh tidak... Bagi aku soalan ni terlalu cliche, yang kaya bapak aku. Aku hanya menumpang. Harta hak milik sendiri pun tak wujud lagi. Aku jenis seorang yang suka berdikari, kalau boleh aku tak nak meminta dengan orang tua. Memang orang kata sebgai anak kita ada hak dan berada di bawah tanggungan PaMa. Bagi aku tidak, umur setua aku ni dah tak layak terima ikhsan PaMa. Mungkin sebab aku membesar dengan omputih so aku dah terbiasa dengan pemikiran diorang. Bagi orang luar, seawal umur 16 tahun diorang sudah berdikari, hidup sendiri dan cari duit sendiri. Mungkin sebab tu la istilah penganggur jarang ada di sana.
gambar dari ikhsan google

Ini adalah kerana tidak kira kerja apa pun, diorang akan buat, barista, pelayan restoren, polis dan sebagainya. Masa aku pergi exchange dulu pun aku duduk dengan keluarga yang sangat membuka mata aku. F adalah seorang janda beranak 5. F ni pagi kerja sebagai seorang nurse yang menjaga orang tua, sebelah petang pula bekerja sebagai seorang barista. Anak-anak dia semua dah besar, cuma seorang saja yang masih tinggal dengan dia, iaitu T. T ni pompuan dan sama umur dengan aku, tapi sudah tidak bersekolah dari umur 15 tahun lagi, jadi dia selalu buat banyak part time sementara tunggu result untuk masuk pasukan polis. Kadang-kadang mak dia bagi duit poket pun dia tak nak ambik. Memang berdikari gila-gila... Masyarakat Melayu kita ni terlalu pentingkan status la...kalau kerja biasa-biasa dah kena kutuk, jiran dok bisik-bisik belakang. Kalau kat Luar Negara, lantak kau la nak buat apa, kain aku, kain kau lain.

ikhsan google
Jadi aku sebenarnya kagum dengan pendirian diorang yg tk hadap duit PaMa. Kawanku Pilar sudah menjadi seorang wanita yang bekerjaya dan bercadang utk membuka syarikat sendiri, umur dia sama dengan aku... baru 21 tapi dah ada rancangan masa depan. Kadang- kadang aku pula malu bila skype dgn dia sbb bila tanya perkembangan terkini, rasa macam aku ni banyak ketinggalan. Aku pun rasa pendirian aku dtg dari membesar dengan orng luar. Mulut sku pun lantang (bagi yg mengenali aku) sebab individuality is an important aspect for me. Walau se-Barat mana pun pendidikan aku, 'aku masih lagi anak timur.' (amek ko jah! ayat SPM gitew). Tapi jangan pula kata aku ni mengagung-agungkan barat, oh tidak...bak kata orang tua; 'buang yang keruh, ambil yang jernih'.

Luaran mungkin aku nampak seperti seorang pendiam, sebenarnya tidak. Maaf ye. Ok balik kepada hujahan (ovverr!!) aku tadi, ya adakalanya aku guna duit PaMa, itu pun kerana walaupun dengan keluarga aku buat kerja rumah sampai nak pengsan untuk bayar balik jasa mak ayah. Aku bukan duduk lenggang pastu dapat duit. So untuk duit poket memang aku akan buat kerja tolong mak aku ke abah aku kt ofis ke supaya kalau dapat duit aku tak rasa ralat sgt. Usaha itu tingkat (betul ke ayat aku, semenjak dua lepas ambik LKM 400 ni rasa cam semua ayat aku salah) kejayaan. Wah gitu!!! Aku rasa umur aku ni dah boleh hidup berdikari, tak payah nak susahkan mak bapak lagi, biarlah adik- adik aku 3 orang yang masih bersekolah terima duit PaMa dari aku, diorang lebih berhak utk berada di bawah tanggungan. Jadi secara logiknya aku undur diri dari pinjaman PaMa kerana abah aku dah kerja penat-penat nak tanggung satu family, biar aku pulak meringankannya. I may appear straightforward, I may appear vulgar, but that's how I am babe.... ;) like me or hate me. It's your choice, I have no hold to your preferences in choosing your friends.

Sekian... HambaMu


xoxo-Hami

2 comments: