Thursday, September 29, 2011

Berkat kesabaran, inilah hasilnya

Aslkm semua,

Nampaknya dah lama tak tulis dalam blog, malas den...tapi hari ni lain sikit. Tetiba pulak rasa excited nak update blog. Ape citer nye, ni la aku nak story sikit. Setelah dua bulan makan angin (sampai kembung perut den) tiba lah masanya aku balik ke USM, TETAPI aku ditawarkan untuk follow student exchange ke Austria. Ini pun berkat kesabaran juga, mula-mula ingat tak nak pergi tapi dah rezeki, orang tua-tua kata jangan ditolak!

Lepas lama juga bertarung cari rumah sewa, bilik sewa, flat sewa, apartment sewa, jamban sewa semua bagai tak jumpa-jumpa. Ingatkan dah nak give up sampaikan semua orang di Kufstein dah kenal muka my family. Pergi mana-mana saja mesti ada orang tegur. Sampaikan aku nak pergi jamban pun ada orang tegur ma!

Lelaki foreigner: "You found a room?"
Aku: Bila masa pula aku kenal kau? - Tapi aku geleng je nak jadi hati mamat tu konon, "No, not yet"
Mak aku: "Oh hello, I know you, you know me (kuang asam kan aku nak poyo kat sini)....tak lah, mak aku pun cakap la dengan mamat ni, rupanya tadi ada kitaorang tanya dia kalau dia tahu sesiapa yang ada bilik untuk disewa. Nak jadikan cerita, dah la winter semester start bulan October, so hampeh semua bilik sudah dikebas dek student. Aku punya lah nak give up, my mom pun kasi sokongan padu memadu (wujud ke ayat ni?!) so aku pun apa celop! Mestilah bersabar, tunggu....orang Kedah kata, "chek redha!"
Aku pun dah tak ingat semua muka yang aku tegur, tapi diorang ingat la pulak, aku pulak yang ternganga bila orang sapa....ek eleh...main I know you - you know me plak.....

Lagi seminggu nak buka sem! aku belum dapat jawapan dari sesiapa pun pasal bilik. Memang mama pun terasa nak give up, dia siap cakap, kalau kakak tak dapat bilik...(sobsobsob dalam hati aku jerk) terpaksa la kakak balik ke Malaysia. OH TIDAK! I dons wans!   T-T

Bukannya tak ada bilik, ada sebenarnya, ada lebih kurang dua bilik kosong yang lokasinya agak strategik boleh dikatakan jalan 5 minit je terus nampak campus yang tesergam indah di alam flora dan fauna (ayat minta penampar- saya minta maaf) tetapi korang nak ke aku share flat dengan dua orang lelaki? Ko nak! Aku tak nak. Dah ada dua mamat yang sewa lagi dua bilik tu. Mak cik bedah tu pun relax je, "Yes, both rooms have boys, one from germany, one from france. Very nice" ........very nice tengkorak kau. Tapi aku tahu benda ni normal kat sini, aku check it-check it out flat yang dikatakan ada bilik kosong ni. MAK AIH! botol arak tersusun macam pasu bunga, molek-molek belaka menghiasi setiap ruang dinding dan tingkap dinda. So my parents pun ternganga n then turn to face landlord n me........"Boleh......BOLEH BLAH!"       -_-"


 Akhirnya...we found this very nice nurse yang turns out to be my savior and hero. Dialah yang kesian kat we olz (ye la, kalau buat muka seposen homeless siapa tak kesian?) So dia tawarkan bilik anak pompuan dia. Mak aku pun hapa hagi! Hinterview tak habih2....tanya pasal anak la....nasib baik nurse ni ada anak pompuan ramai, tapi semuanya dh besar. Anak lelaki dia pun duduk ngan gf...so tinggallah dia ngan anak bongsu dia, pompuan gak.....LEGA MAK!

Begitulah ceritanya...berkat kesabaran (selepas solat hajat n berdoa), inilah hasilnya. Aku bersyukur sangat-sangat kerana semuanya ada hikmah kenapa dua bilik kosong tu tidak menjadi pilihan.....

So this is my room! Cantik n cute sioot!
 Jeng jeng jeng! Cantik tak?
 Katil dia, siap ada bantal bentuk LOVE lagi, dia siap nak kasi aku TV, aku pun "tak payah susah-susah mak cik"....huhuhu....Dia tak pernah sewa bilik so dia tak tahu apa yang aku nak, kesian aku tengok. Macam-macam dia tanya.

 Sofa corner yang comel
 Meja study yang rasa-rasanya bakal menjadi tempat air liur bertandang (kuangkuangkuang)
 So sweet, siap kasi plushy bagai
 Dia punyalah nak kasi aku feeling-feling HOME-SWEET_HOME so dia letak welcome card atas meja study aku

 A view from my window

 So overall bilik aku vogue giler!
 Taman dia pun tersangat bersih


 Stok makanan (ha yang ni memang mak aku paksa habis habisan....selagi aku tak bawa satu dapur, selagi tu dia tak boleh duduk diam). Katanya dia kosongkan semua barang-barang anak dia dalam almari untuk kasi aku space (owh! sungguh terharus). Dia siap compile banyak giler table game dalam alamari aku, katanya kalau bosan (sebab dia keje dari pagi hingga malam, anak pompuan dia pun sama) main la....
Paling best aku dengar, diorang tak makan B**I n tak minum arak.....I LOIKE!

 Bila dah malam
Amacam? Cun tak? Dah la...aku nak tidow...night-night. Tomorrow is a big day.

xoxo-Hami

3 comments:

  1. nice la bilik mizah..suka2

    ReplyDelete
  2. KELASSSSSS KO JAHHH,,TERBAIKLA,,RATU SEGALA BILIK,,AKU BERKENAN WEYHH

    ReplyDelete
  3. KELASSSSSSSSSS..I LOIKEEEE..TAG KT SEMUA WEYH

    ReplyDelete